BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Semua Dah Besar

Friday, December 30, 2011 at 2:21 PM
Hari ni 4 Januari 2012 masa untuk pulang ke Labuan setelah seminggu bercuti. Sampai di Labuan dalam jam 10.30 pagi. Terima kasih kat sapuan, zamrie and izuan sebab tolong hantar sampai LCCT. Sampai aku terus lepak kat Old Town White Coffee ni. Tunggu office mate aku Helmi amek aku bawak balik rumah.

So, macam biasa Hazelnut White Coffee aku order dengan Kaya & Butter Toast. Makan punya makan. Minum punya minum. Bakar rokok sebatang tiba tiba terpikir pasal betapa cepatnya masa berlalu.

Masa cuti tu aku main main dengan anak buah aku Mikhael. Nama sebenar dia Wan Mikhael Zaydan kot. Kelas kakak ngan abang ipar aku ni bagi nama macam tu. Seronok main tiba tiba terpikir sekejap masa berlalu. Akak aku alynn tahun ni dah umur 29 tahun, Azu dah 27 aku plak 25. Macam tak percaya yang akak aku ni dah kahwin and ada anak. Ingat lagi masa pergi ngaji kat masjid sama sama. Pergi beraya sama sama. hurmm...



ni akak aku ngan mikhael.

Kami masa zaman kanak kanak. Muka azu tak nampak.haha


Dan dan tengah cuti ni ayah aku pulak boleh tanya bila nak kahwin. Gila tergelak plak aku. Awek pon tak pernah nak ada inikan nak kahwin. Dah la tu nak jodoh kan aku dengan jiran kat umah aku pulak tu. Tolonglah abah. Taknak lah! Tapi sedih jugak bila ayah aku cakap "selagi abah masih ada ni". Terus terdiam aku.

Niat nak kahwin tu tak pernah muncul lagi buat masa sekarang ni. Banyak lagi komitmen untuk mak ngan abah aku tu. Nak hantar dorang pergi haji, pergi jalan jalan, cantik kan rumah. Dah sampai masa nanti kahwin lah anak abah ni ye. Muda lagi kot. haha

Alhamdulillah, sekarang pon semua dah kerja. Dah boleh bagi mak and abah duit. Tengok muka dorang happy je. Takde lah risau risau macam dulu sampai sakit sakit. Semoga rezeki kami dimurahkan oleh Nya. Amin

time of your life

Wednesday, October 19, 2011 at 8:38 AM

When u laying on your bed…

Stuck in a 4 brick walls

And the radio starts to play a one republic - good life…

“oooo…it' gotta be a good life…gotta ne a good life...good good lifeee”

and your head starts to fly…

Thinking of the great moments that u had before…

When the moment touch u, it makes u smile…

The song starting to disappear…

Ur head only focusing on the moment that makes u happy…

From time to time…

Places to places…

Difference peoples and faces...

Differences smile and laughter…

What a great moments u had there…

Then, when the song stop so does your mind…

And u start to wonder

Why great time always goes quickly and u can’t event catch a second of it…sigh!

And u gets back to your old boring routine with a hope that there is great moments for u out there…

soon…

My So Called Raya

Thursday, September 8, 2011 at 12:09 AM
masuk hari ni dah seminggu kita beraya dan seminggu juga ramadhoonn meninggalkan kita.. tiap kali ramadhan nk pergi aku akan rasa sedih... sebab taktau lagi ada lagi ke ramadhan untuk aku di tahun akan datang... sedih sebab aku biarkan saja ramadhan berlalu tanpa amal ibadat dari aku... sedih sebab aku tak dapat menambah amalan aku dibulan puasa, hanya sekadar puasa sahaja dibulan ramadhan... dah macam satu amalan untuk berpuasa di bulan ramadhan tapi bukan kewajipan yang harus kita buat... sedihsedih tapi tak jugak buat amalan tu... heee

bila tiba je nak raya...mula la kesibukan melanda...cat rumah, kemas rumah, sebuk nk pilih pulut 50 kg untuk buat lemang...50kg oiii ingt sikit ke? pilih dah la 1-1 kene belek ade x pulut xelok...haiz!! tapi takpa untuk family jugak makan...tapi untuk family ade la dalam 5 batang camtu...lagi 150 batang buat jual...haaa sape nak beli bleh tempah tahun depan k...haha

tahun ni raya paling simple sekali...tapi sedih la raya tahun ni...semua takde..balik umah mertua katanya...bila sampai raya kat sini pun duk sebuk nak balik umah mertua...tak best ke raya dengan family sendiri? ok bab tu aku malas nak campur... coz boleh buat aku marah and benci... biaq pi la sama depa tu...sedih weh kuih raya ade la 5 jenis je...umah pon xabes kemas orang dah datang...yang datang pon adik ayah aku je...pastu xde orang datang dah...gambar raya pon xde wehhh sedih kan? tengok kat facebook kawankawan duk post gambar 1 family beraya dengan baju sama...perghhh sedih je rasa...haha

sebab tula kawankawan nak datang raya pon aku tak bagi..macammacam alasan aku bagi...sebab takde apaapa weh...sory banyakbanyak :(


muka huduh sangat time sedih tu yg kene cover tu

tapi raya tahun ni paling banyak berjalan laa... pergi jalan tar pastu hujan, menapak nak sahur kt mekdi kota raya...jauh bukan? haha pastu pergi lepak rondaronda KL ni malam raya, lepak oldtown, pergi karok, konvoi raya umah kawankawan sekolah, balik kampung melaka, rupenya ramai kawankawan duk melaka ni...haha ntah la aku pon xingat dah p raya mana...banyak sangat...

terima kasih la pada kawankawan bawak aku berjalan, takde lah rasa sedih sangat raya tahun ni, dapat gak jalanjalan jumpa membe lame sebelum berangkat kat ke labuan nanti. tapi kesian kat mak and ayah aku ja...penatpenat cat rumah, kemas rumah, buat lemang sampai tak tidur tapi sorang pun abangabang aku tak tolong buat...nasib la ada aku and akak aku...ringan la sikit beban dorang tu...semoga ada lagi ramadhan untuk kami di tahuntahun akan datang...amin!

Teenagers

Sunday, September 4, 2011 at 5:19 PM

When I was a boy of fourteen, my father was so ignorant I could hardly stand to have the old man around. But when I got to be twenty-one, I was astonished by how much he'd learned in seven years.” - Mark Twain

Remember that as a teenager you are at the last stage of your life when you will be happy to hear that the phone is for you.” - Fran Lebowitz

Why do they rate a movie "R" for "adult language?" The only people I hear using that language are teenagers

People told me I shouldn't take everything too seriously, and I didn't listen. Now I wish I had, because I tormented myself over every little thing. What's bad is when you get to age 19, you're looking back thinking, "I wish I could be young again an

An educational system isn't worth a great deal if it teaches young people how to make a living but doesn't teach them how to make a life.

alone

Friday, August 26, 2011 at 7:53 PM


tak tau lah aku pernah cerita tak benda ni sebelum ni...malas nak tengok balik poost-post sebelum ni. walaupun sikit je post tapi aku malas sebab not in the mood. Pagi tadi kawan aku ayen ada ajak teman dia pegi Low Yat nak buat PC adik dia alil. Sepanjang perjalanan tu aku rasa happy. Macam aku ni salah sorang adik beradik dorang. Bukan maksud aku yang aku tak pernah happy sebelum ni. Tengok kemesraan dorang bedua ni buat aku happy. Sebab aku tak pernah rasa benda tu dalam family aku. Seorang adik yang yang boleh dianggap sebagai kawan baik. Sejak dari kecik aku membesar dengan kakak aku. Main petang-petang dengan akak aku, pergi mengaji, jalan-jalan semua dengan dorang. Entah la, aku takde memori dengan abang aku langsung walaupun aku ada 4 orang abang. Sikit pon aku tak ingat. Sejak dari kecik aku membesar dengan akak aku. Tu pun sampai umur berapa je lepas tu dia dah jadi perempuan kan. Mane boleh nak rapat sangat. Lepas aku dah darjah 5 aku mula rasa sunyi. Akak aku dah sekolah menengah sorang dah jadi garang, tak leh nak gurau-gurau nanti dia masam muka. Sorang lagi sebuk dengan akak angkat adik angkat. So aku terperuk dalam bilik dengar radio. Aku sunyi! takde orang nak borak ngan aku tiap-tiap hari. Gurau-gurau ngan aku. Main mainan kereta langgar -langgar ngn aku. Aku tak pernah ada mainan. seriusly tak pernah ade. Takde orang nak share ngan aku pasal komik-komik dragon ball, dewata raya, pedang setiawan. Xde! Sume aku pinjam dari kawan. Borak-borak pasal perempuan kat sekolah sebelum tidor. Pergi sekolah sendiri. Balik sekolah sorang-sorang. Takde orang ajar aku pasal kehidupan ni. Semua aku lalui sendiri. Bila aku dah masuk hostel takde orang nak nasihat aku "ko jangan carik pasal dengan senior". Balik cuti dari hostel, takde orang aku nak ceritakan pengalaman aku kat hostel tu. Semua kegembiraan aku, kesedihan aku, kekecewaan aku tentang hidup ni aku pendam sorang-sorang. Sampai lah sekarang aku sunyi, sebab tu aku selalu keluar melepak. Sebab takde orang nak borak ngan aku. Takde sape!!!
btw terima kasih banyak-banyak belanja mouse ni! really appreciate it!

a mouth that cannot speak

Tuesday, August 23, 2011 at 7:54 AM
Ok dah lame xmengarut dalam blog ni...dan tak mungkin keluar ayat "waaa...da lame xpost entry...da besawang blog ini..." dalam blog aku...itu blog-blog cik gayah boleh laa...
pastu aku duk tengok stats yang slalu tengok blog aku ni orang india...deyyy! lu reti bahasa melayu ka machaaa??


sebenarnya aku ni bukan nye jenis pemalu or pendiam...aku ni banyak cakap gak...melawak..bahan-bahan orang... but when it comes to a person that i dont quite familiar, aku akan diam...( tu diaaa! bajet-bajet hot speaking ingelishhh!!) tak tau la kalau itu yang dia maksudkan dengan pendiam or pemalu...the truth is i dont really know how to start a conversation...and i am bad in finding a topic to start a conversation...so i choose to stay silent...sebab aku pon xnak orang cakap kt aku "ek eleh! dia ni gelabah betul" xpon "kecoh la mamat ni, semua bende nak tnya rimas laa!!"

so, aku pon cam tertanya-tanya "betul ke aku ni pendiam?" "aku ni pemalu ke?"...feedback dari membe-membe yang kenal aku... "lancau kau pendiam!" "waklu pemalu!muka xtau malu ade la!!"...so yang mane 1 kah aku??? aku ni senang nak jadi attention orang...tapi bukan attention seekers eh azree!! haha...tinggi macam ni...jalan mane-mane comfirm orang pandang...

aku ni pon dulu jenis riuh gak...maybe sebab dah besar kan...tengok budak-budak sekolah duk buat kelam kabut rimas plak aku rasa...sebab tu la kot aku pon duk buat rilek je...haha ade sekali tu aku kacau budak perempuan kat campus aku...orang panggil dia gonjeng...dia duk jalan lengang punya lenggang lalu depan aku ngan kawan-kawan aku...aku pun tegur...

"weh..wehh"
dia pandang sambil libas-libas rambut dia...

aku pon sambung "ketiak ko basah"

dia pon ngan muka panas terus blah...aku ngn membe aku ape lagi...ketawa gila la...
ok macam melalut pulak...xtau ape motif ntah post ni...

"kita boleh kenal diri orang lain tapi kita tak kenal diri kita sendiri" - axam xainal abidin...
"kita boleh jadi orang lain tapi kita tak boleh jadi diri kita sendiri" - axam xainal abidin...

ok dah mengarut!!!

b o s a n

at 6:47 AM
aku xtau nak tulis ape...bosannn...xde mooddd...puipuipuiiiii!!!!

Hari Ini di Tahun Lepas

Sunday, July 31, 2011 at 6:58 PM
Esok masuklah 1 Ramadhan masa untuk semua umat islam berpuasa. Bila tiba je puasa orang cakap hantu-hantu kene ikat kat neraka. So takde lah hantu-hantu nak kacau kita masa bulan puasa ni. Betul ke? Sejak peristiwa tahun lepas ni aku tak percaya yang orang cakap hantu kene ikat bila tibanya bulan puasa. Ini apa yang berlaku kat aku tahun lepas....

Masa tu aku merupakan pelajar tahun akhir kat campus Unikl MIMET. Kami pakat duduk di hostel sebab semua kawan-kawan tak nak sewa rumah. Diploma dulu dah puas dah duduk luar. Aku duduk bilik 2 orang dengan roommate aku naqeeb. Dekat Armada 1, FFC 10. Nak dijadikan cerita, pagi tu lebih kurang jam 4-5 pagi aku dikacau, esoknye nak puasa ni. Tengah sedap-sedap tido tiba-tiba aku rasa badan aku berat macam satu benda berat atas badan aku. Aku tak boleh bergerak. Dalam hati aku da tau aku kene himpap, sebab dari kecik lagi aku dah biasa kene himpap. Tapi, hari ni lain sikit aku rasa, aku cuba gerak-gerak sikit tak boleh. Biasanya sekejap je dah elok balik. Tapi kali ni lama. Aku cuba baca ayat kursi tapi tak keluar ayat tu, macam ada orang tutup mulut aku. Aku dah mula rasa lemas, aku melawan-lawan tapi tak juga lepas. Aku pon beranikan diri membuka mata. Bukak je mata..papppp!!!! muka dia depan muka aku!!! nak tau hantu ape? hantu pocong!!! muka dia hodoh bercapuk-capuk, rambut dah beruban keluar sikit dari ikatan kepala dia.



cuba bayangkan benda ni betul2 depan muka korang!!!



Aku terus menggigil and laju-laju tutup mata. Badan aku masih tak boleh gerak. Dalam takut tu aku cuba baca ayat kursi. Aku cuba banyak kali sampai mulut aku boleh bergerak. Sambil aku baca ayat kursi tu dia ikut sekali aku baca. Suara dia memang garau. Sampai satu ayat tu aku silap baca sebab terlalu takut. Dia gelakkan aku sebab salah baca. " Ha! Ha! Ha! 3 kali je gelakkan dia. Aku bukak mata dia masih lagi depan muka aku. Aku nampak roommate aku tu syok lagi tengah tido. Lama-lama aku memberontak sebab tak tahan lemas kene hempap. Dalam takut aku melawan-lawan pastu dia hilang. Aku lari bukak lampu and tido sebelah roommate aku. Ok dia tido mati, aku tolak-tolak dia pon bangun. Hati bedegup-degup takut aku tutup mata sampai aku dengar laungan Azan. Ok sejuk sikit hati aku, terus aku pegi amek air sembahyang and sembahyang subuh. Dah seminggu lepas tu baru aku cerita kat roommate aku. ahaha...

Aku tak tau punca benda ni datang dari mana, sebab senja tu India sebelah bilik duk sebuk sembahyang-sembahyang aku lalu and tak tutup pintu. Takpon aku duk sebuk tengok and tegur 1 botol ni kat kedai Nasi Ayam Mama. Botol tu memang pelik, dia letak kat atas penjuru kedai. Hurmmm...pelaris kot. Atau pon dia memang nak kacau aku. Sebab aku kalau baru pindah kat tempat baru memang selalu kene kacau...

So betul ke orang kata bulan puasa takde hantu tu??? Apa-apa pon amalan dibulan puasa tu lagi penting...selamat berpuasa kawan-kawan.,.. :)

Langkah Ke Dunia Baru

Sunday, July 24, 2011 at 7:29 AM

Buat sape-sape yang tak tau lagi, aku sekarang seorang penganggur yang sah coz baru je menamatkan pelajaran aku awal bulan 6 tahun ni. So, bile jadi penganggur ni mesti la nak carik kerja kan? mula-mula tu memang malas nak carik kerja. Tapi membe pon dah desak, duk paksa-paksa gak carik kerja. Lalu hati yang panas bila melihat membe pakai i-phone 4 ni pon memulakan pencarian kerja. Awal-awal tu pakai jobstreet dulu, isi la mane yang patut. Memang malas gile nak isi, upload resume la bagai. Tapi bila dah start tengah bulan 6, duit pon dah mula habis. Aku pon merajinkan diri meng-apply- semua jawatan yang disediakan mengikut course aku. Duk belek 1-1 position, cam pelik plak. Layak ke aku apply position ni? macam tinggi je jawatan ni. Ahhh! pedulikan semua tu! duit wa da habis kot!! klik!klik!klik!apply!apply!apply!hambekk ko semua aku apply!puas hati aku!muahahah!!!

Selang beberapa minggu aku duk buat bende yang sama. Semua aku apply tapi macam takde respon je. Last-last sorang membe aku ni cakap. " ko tak yah caya sangat ngan jobstreet tu, tipu je". hurmm..aku pon ikut lah nasihat membe aku tu. Dia suruh amek email pastu apply guna email. Apply la kat sume company yang jupe. Oil and gas pon wa apply.haha.tak nak kalah!tak sedau diri betul!

Pastu aku dapat feed back balik dari 1 company ni. Dia tanya " are u willing to be based at Labuan?" Ok! lepas baca ayat tu aku tegamam jap. Apesal la aku pegi apply ni. Main gile kau, mau tutt tutt tejojol kat dahi nanti!mane nak sorok? Duk pikir-pikir. Post kat facebook, akak aku comment suruh pegi. Aku pon reply la "Yes, I am willing to be based at Labuan". DIa pon reply, pastu aku reply balik, dia reply, aku reply balik. Ehh! da macam masej ngan awek plak. Dah la aku tak reti nak reply ikut format email ni. Last-last company tu pon reply la balik suruh datang interview.

Ok, 1st inteview. 1st time in my life. Cuak gile beb. Dia suruh datang kat main office dekat ampang pukul 2.30 hari jumaat lepas. Dengan tak pergi sembahyang jumaat nye aku pon siap-siap laa. Pakai kemeja dengan tie, kasut kulit bagai. Dengan menundukkan kepala aku pon jalan bertentangan dengan orang yang nak pergi sembahyang jumat kat masjid. Agak malu jugak la disitu. Sampai-sampai hati dah bedebar dah, lek dulu bakar rokok dulu. puff pufff rokok dah habis, tapi hati bedebar lagi. Naik tingkat 5 jupe brader ni kerja kat situ., dia suruh masuk and duduk dulu sebab orang yang interview tak sampai lagi. Lepas 5 minit ade orang bunyikan loceng. dalam hati aku " ni mesti yang nak interview aku nanti" lalu aku pon memberikan senyuman menggoda aku. haaa! kasi dia cair sikit laa. Baru tak garang time interview nanti. awww~ .Ok aku lupa cakap yang aku sampai dalam keadaan bepeluh-peluh.

habis semart dah hari tu :)

Then, aku dipanggil masuk. Ada dua orang dalam bilik tu. Tarik nafas panjang. Rilek-rilek aku masuk bagi salam. Dia suruh duduk aku duduk. Lalu sesi interview pon bermula. Nasib la tukang inteview tu ok. Aku rasa dia dah tergoda ngan senyuman aku tadi tu. ahaks! Duk borak-borak sempoi dalam bahasa melayu. Hilang terus cuak aku. Borak punya borak lalu dia tanya "bila nak start keje?" aku pon dengan selamber jawab "Lepas raya encik" then dorang gelak. sebab sebelum tu dorang dah psycho aku cakap takde cuti raya and puasa. Gile ape. aku tak pernah tak raya kot. Mau aku duk tepi laut tu nanges-nanges nyanyi lagu sudirman plak nanti.

Pasal kerja tu tak tau lah dapat ke tak kerja tu. Harap-harap dapatlah..doa-doakan lah aku dapat ye... :)

aktiviti masa lapang

Tuesday, July 5, 2011 at 8:07 PM
disebabkan terlampau bosan pas abes belaja ni and masih menganggur lagi, aku tak tau nak buat apa. mengadap lappy ni seharian je. so aku try la search macam - macam. pastu datang lak idea nak edit-edit gambar ni. edit guna adobe Photoshop cs5. edit simple-simple je. xde la edit xtream sangat. newbie je pon. so nak share beberapa picture yang aku dah edit hasil dari DSLR izuan idris....



purple sunrise


fish eye


sunrise + lens flare



semua gambar ni di tangkap dekat broga hill sabtu lepas. hasil dari edit ni memang puas ati coz rasa macam smart plak...haha

My So Called Life

Wednesday, June 29, 2011 at 10:56 AM



So semalam tengah carik-carik lagu dalam satu part kat dalam movie Shes’ Out of My League tiba-tiba terjumpa lagu ni Fastball – Out of My Head..lame tak dengar lagu ni…lagu ni keluar tahun 1998 kalau tak silap...dah 13 tahun...time tu aku darjah 5...haaa darjah 5 da dengar lagu english...jangan main-main...haha Ok dengar lagu slow ni mula la kepala aku melayang tak tentu pasal…melayang memikir pasal hidup aku ni…hidup yang teramat bosan lah…tapi wa ikut cakap Kurt Cobain la “there’s a lot of things I wish I could have done, instead of just sitting around and complaining about having a boring life“ mana taknye tidur pukul 12 tgh ari…bgn pukul 8 mlm…pastu kepala mula blur…duk pikir ape pon tak tau…haha..hidup aku ni bahagia tapi itu pon disebabkan orang-orang disekeliling aku…

Mak and abah – yang tak abis-abis melayan aku macam kanak-kanak...haha!

Kawan-kawan – yang selalu buat lawak bila aku sedih, selalu nak menjaga tepi kain aku, selalu bawak aku jalan-jalan!

Abang-abang – nahhhh! I wish they don’t exist in my life

Akak-akak – yang selalu menyapot aku dari segi kewangan

Ok melalut jap…bila dengar je lagu tu aku sibuk duk pikir pasal hidup ni…Do you think this life is fair? Come on be truth about it…have u ever felt disappointed with your life…for me always! Yeah always is the first thing that came out of my mind!…ade yang cakap hidup ni bergantung pada “takdir yang telah ditulis ade yang kata “rezeki” dan ada yang kata pada “usaha”

So bagi aku kalau bergantung pada “takdir” macam mana dengan usaha keras kita selama ni? Jika kita belajar bagai nak rak…pastu takdir kita sebagai penjual beger je…so ape jadi pada “usaha” kita tu? And di mana “rezeki” kita untuk menjadi seorang yang berjaya? bukan maksud aku jual berger tu hina...cuma perbandingan je dari segi "usaha", "rezeki" dan "takdir". dan aku tak bermaksud pun untuk mengatakan yang Allah tu tak adil..itu jauh sekali!! it just how you live your life...that's all!

So semalam memang aku takde mood gile…duk chat ngan kawan yang aku kenal masa main DotA aku kat FB name dia Faizal Ozil...thank you bro! thanks for all the support...I wish u were my brother! dia ni seorang yang kelakar kot…ntah aku pon tak tau coz tak pernah jumpa lagi...tapi manjang duk buat lawak je laa...

I wish I have a brother, you know…someone you can talk to, someone you can share jokes, someone you can rely on and someone u can make as a role in this life. I wish I have brother like that….

Selamat Hari Bapa Abah!

Sunday, June 19, 2011 at 3:16 AM
ni time zaman2 brador dulu..haha

i wanna wish a happy father's day to my father...but im a little bit shy...i hope he knew that i love him so much and he is the best father i ever have

Dalam hidup ni semestinya ada pahit dan manis kenangan bersama ayah kita…walaupun kadang-kadang ada perasaan marah kat ayah kita sendiri sebab tak dapat apa yang kita nak…tapi kita kena paham apa yang ayah kita buat begitu untuk melindungi kita…

Melindungi dari kesusahan…

Melindungi dari membuat kesilapan yang dia pernah buat dulu…

Melindungi dari perkara buruk…

Itulah tugas sebenar ayah kita sebagai ketua keluarga…keluarga aku agak besar kerana mempunyai Sembilan adik-beradik…walaupun ade la mulut-mulut orang kata ayah aku dan mak aku tak berjaya menjaga keluarga membesarkan anak…tapi aku bangga dengan mereka sehingga berjaya menjaga aku sampai di tahap ini…bukan mudah untuk menjaga Sembilan adik beradik dalam satu masa….tapi kami Sembilan beradik masih tidak berjaya menjaga mereka berdua dalam tempoh masa yang lama…semoga tuhan membuka pintu hati adik beradik ku untuk sentiasa pulang menjenguk kedua ibu bapa…ingatlah susah senang kita dulu untuk membesar…lupakan kisah-kisah pahit dulu…masih ingat lagi tak janji-janji kita untuk menjaga mereka waktu mereka sudah tua??


sejak aku besar ni...aku dah jarang nak berbual dengan ayah aku...bukan saja dengan ayah aku...tapi dengan mak dan adik beradik aku...adakah itu kerana perasaan malu? bende ni berlaku sejak aku masuk sekolah asrama...sejak dari tu aku sedar yang aku dah tak rapat dengan mereka ni...penah sekali mak aku tegur " dah lama kau tak berborak dengan mak ni" dengar je ayat tu terus tegelak...gelak taknak tunjuk muka sedih kot..haha! tapi memang da lama aku nak berborak dengan mereka ni...tapi taktau topik apa nak dibualkan...hurmmm

semoga abah dan mak bahagia, panjang umur dan murah rezeki...amin~

"im sorry mom and dad if I ever make u disappointed"

FAITH

Monday, June 13, 2011 at 5:18 AM

When you try your best but u don’t succeed… when you get what you want and not what you need…when you feel so tired but you can’t sleep…stuck in reverse

Ayat ni dari lagu Coldplay-fix you, bila dengar lagu ni buat aku teringat kisah-kisah dulu…dengan rhythm yg slow…bila ayati ayat tu betul-betul mendalam maksud dia…sama macam nasib aku alami selama ni…penat dah aku buat segala-gala untuk berjaya…tapi pulangannya amat mengecewakan…tambah lagi dengan gelak tawa rakan-rakan…lagi membuatkan aku putus asa…putus asa untuk berusaha lagi…mungkin selama ni aku leka atau riak dengan kepandaian aku dan kejayaan aku dulu…mungkin ini juga balasan atas sebab membelakangi-Nya…

Tapi bila dah sampai tahap ni aku rasa macam dah terlambat untuk berjaya…terlambat untuk raih cita-cita aku dulu…aku terpaksa abaikan semua…PADAM semua cita-cita, azam, angan-angan… hanya teruskan hidup… kemana hidup ni akan bawa aku…begitulah cara hidup aku nanti…


Ade seorang kawan aku pernah cakap

relax la takdir kita telah tertulis tak kemana nya

Hurmm…inikah takdir yang dia kata-katakan tu? Kenapa aku perlu belajar tinggi-tinggi jika ditakdirkan begini? Orang yang tak berusaha ditakdirkan hebat dari orang yang berusaha…


Dah la…aku dah putus asa dengan semua ni…

Lights will guide you home and ignite your bone

Harap aku jumpa cahaya macam yang terdapat dalam chorus lagu ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...