“i wanna wish a happy father's day to my father...but im a little bit shy...i hope he knew that i love him so much and he is the best father i ever have”
Dalam hidup ni semestinya ada pahit dan manis kenangan bersama ayah kita…walaupun kadang-kadang ada perasaan marah kat ayah kita sendiri sebab tak dapat apa yang kita nak…tapi kita kena paham apa yang ayah kita buat begitu untuk melindungi kita…
Melindungi dari kesusahan…
Melindungi dari membuat kesilapan yang dia pernah buat dulu…
Melindungi dari perkara buruk…
Itulah tugas sebenar ayah kita sebagai ketua keluarga…keluarga aku agak besar kerana mempunyai Sembilan adik-beradik…walaupun ade la mulut-mulut orang kata ayah aku dan mak aku tak berjaya menjaga keluarga membesarkan anak…tapi aku bangga dengan mereka sehingga berjaya menjaga aku sampai di tahap ini…bukan mudah untuk menjaga Sembilan adik beradik dalam satu masa….tapi kami Sembilan beradik masih tidak berjaya menjaga mereka berdua dalam tempoh masa yang lama…semoga tuhan membuka pintu hati adik beradik ku untuk sentiasa pulang menjenguk kedua ibu bapa…ingatlah susah senang kita dulu untuk membesar…lupakan kisah-kisah pahit dulu…masih ingat lagi tak janji-janji kita untuk menjaga mereka waktu mereka sudah tua??
sejak aku besar ni...aku dah jarang nak berbual dengan ayah aku...bukan saja dengan ayah aku...tapi dengan mak dan adik beradik aku...adakah itu kerana perasaan malu? bende ni berlaku sejak aku masuk sekolah asrama...sejak dari tu aku sedar yang aku dah tak rapat dengan mereka ni...penah sekali mak aku tegur " dah lama kau tak berborak dengan mak ni" dengar je ayat tu terus tegelak...gelak taknak tunjuk muka sedih kot..haha! tapi memang da lama aku nak berborak dengan mereka ni...tapi taktau topik apa nak dibualkan...hurmmm
semoga abah dan mak bahagia, panjang umur dan murah rezeki...amin~
"im sorry mom and dad if I ever make u disappointed"
kanan abah, kiri older son :p
wakleww~