BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Semua Dah Besar

Friday, December 30, 2011 at 2:21 PM
Hari ni 4 Januari 2012 masa untuk pulang ke Labuan setelah seminggu bercuti. Sampai di Labuan dalam jam 10.30 pagi. Terima kasih kat sapuan, zamrie and izuan sebab tolong hantar sampai LCCT. Sampai aku terus lepak kat Old Town White Coffee ni. Tunggu office mate aku Helmi amek aku bawak balik rumah.

So, macam biasa Hazelnut White Coffee aku order dengan Kaya & Butter Toast. Makan punya makan. Minum punya minum. Bakar rokok sebatang tiba tiba terpikir pasal betapa cepatnya masa berlalu.

Masa cuti tu aku main main dengan anak buah aku Mikhael. Nama sebenar dia Wan Mikhael Zaydan kot. Kelas kakak ngan abang ipar aku ni bagi nama macam tu. Seronok main tiba tiba terpikir sekejap masa berlalu. Akak aku alynn tahun ni dah umur 29 tahun, Azu dah 27 aku plak 25. Macam tak percaya yang akak aku ni dah kahwin and ada anak. Ingat lagi masa pergi ngaji kat masjid sama sama. Pergi beraya sama sama. hurmm...



ni akak aku ngan mikhael.

Kami masa zaman kanak kanak. Muka azu tak nampak.haha


Dan dan tengah cuti ni ayah aku pulak boleh tanya bila nak kahwin. Gila tergelak plak aku. Awek pon tak pernah nak ada inikan nak kahwin. Dah la tu nak jodoh kan aku dengan jiran kat umah aku pulak tu. Tolonglah abah. Taknak lah! Tapi sedih jugak bila ayah aku cakap "selagi abah masih ada ni". Terus terdiam aku.

Niat nak kahwin tu tak pernah muncul lagi buat masa sekarang ni. Banyak lagi komitmen untuk mak ngan abah aku tu. Nak hantar dorang pergi haji, pergi jalan jalan, cantik kan rumah. Dah sampai masa nanti kahwin lah anak abah ni ye. Muda lagi kot. haha

Alhamdulillah, sekarang pon semua dah kerja. Dah boleh bagi mak and abah duit. Tengok muka dorang happy je. Takde lah risau risau macam dulu sampai sakit sakit. Semoga rezeki kami dimurahkan oleh Nya. Amin

2 comments

  1. Anonymous Says:

    amin...moga adik dimurahkan rezeki dan cepat kawin...=P

  2. boneka Says:

    sape yg nak mampos comment mcm ni ni? hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...