BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Hari Ini di Tahun Lepas

Sunday, July 31, 2011 at 6:58 PM
Esok masuklah 1 Ramadhan masa untuk semua umat islam berpuasa. Bila tiba je puasa orang cakap hantu-hantu kene ikat kat neraka. So takde lah hantu-hantu nak kacau kita masa bulan puasa ni. Betul ke? Sejak peristiwa tahun lepas ni aku tak percaya yang orang cakap hantu kene ikat bila tibanya bulan puasa. Ini apa yang berlaku kat aku tahun lepas....

Masa tu aku merupakan pelajar tahun akhir kat campus Unikl MIMET. Kami pakat duduk di hostel sebab semua kawan-kawan tak nak sewa rumah. Diploma dulu dah puas dah duduk luar. Aku duduk bilik 2 orang dengan roommate aku naqeeb. Dekat Armada 1, FFC 10. Nak dijadikan cerita, pagi tu lebih kurang jam 4-5 pagi aku dikacau, esoknye nak puasa ni. Tengah sedap-sedap tido tiba-tiba aku rasa badan aku berat macam satu benda berat atas badan aku. Aku tak boleh bergerak. Dalam hati aku da tau aku kene himpap, sebab dari kecik lagi aku dah biasa kene himpap. Tapi, hari ni lain sikit aku rasa, aku cuba gerak-gerak sikit tak boleh. Biasanya sekejap je dah elok balik. Tapi kali ni lama. Aku cuba baca ayat kursi tapi tak keluar ayat tu, macam ada orang tutup mulut aku. Aku dah mula rasa lemas, aku melawan-lawan tapi tak juga lepas. Aku pon beranikan diri membuka mata. Bukak je mata..papppp!!!! muka dia depan muka aku!!! nak tau hantu ape? hantu pocong!!! muka dia hodoh bercapuk-capuk, rambut dah beruban keluar sikit dari ikatan kepala dia.



cuba bayangkan benda ni betul2 depan muka korang!!!



Aku terus menggigil and laju-laju tutup mata. Badan aku masih tak boleh gerak. Dalam takut tu aku cuba baca ayat kursi. Aku cuba banyak kali sampai mulut aku boleh bergerak. Sambil aku baca ayat kursi tu dia ikut sekali aku baca. Suara dia memang garau. Sampai satu ayat tu aku silap baca sebab terlalu takut. Dia gelakkan aku sebab salah baca. " Ha! Ha! Ha! 3 kali je gelakkan dia. Aku bukak mata dia masih lagi depan muka aku. Aku nampak roommate aku tu syok lagi tengah tido. Lama-lama aku memberontak sebab tak tahan lemas kene hempap. Dalam takut aku melawan-lawan pastu dia hilang. Aku lari bukak lampu and tido sebelah roommate aku. Ok dia tido mati, aku tolak-tolak dia pon bangun. Hati bedegup-degup takut aku tutup mata sampai aku dengar laungan Azan. Ok sejuk sikit hati aku, terus aku pegi amek air sembahyang and sembahyang subuh. Dah seminggu lepas tu baru aku cerita kat roommate aku. ahaha...

Aku tak tau punca benda ni datang dari mana, sebab senja tu India sebelah bilik duk sebuk sembahyang-sembahyang aku lalu and tak tutup pintu. Takpon aku duk sebuk tengok and tegur 1 botol ni kat kedai Nasi Ayam Mama. Botol tu memang pelik, dia letak kat atas penjuru kedai. Hurmmm...pelaris kot. Atau pon dia memang nak kacau aku. Sebab aku kalau baru pindah kat tempat baru memang selalu kene kacau...

So betul ke orang kata bulan puasa takde hantu tu??? Apa-apa pon amalan dibulan puasa tu lagi penting...selamat berpuasa kawan-kawan.,.. :)

Langkah Ke Dunia Baru

Sunday, July 24, 2011 at 7:29 AM

Buat sape-sape yang tak tau lagi, aku sekarang seorang penganggur yang sah coz baru je menamatkan pelajaran aku awal bulan 6 tahun ni. So, bile jadi penganggur ni mesti la nak carik kerja kan? mula-mula tu memang malas nak carik kerja. Tapi membe pon dah desak, duk paksa-paksa gak carik kerja. Lalu hati yang panas bila melihat membe pakai i-phone 4 ni pon memulakan pencarian kerja. Awal-awal tu pakai jobstreet dulu, isi la mane yang patut. Memang malas gile nak isi, upload resume la bagai. Tapi bila dah start tengah bulan 6, duit pon dah mula habis. Aku pon merajinkan diri meng-apply- semua jawatan yang disediakan mengikut course aku. Duk belek 1-1 position, cam pelik plak. Layak ke aku apply position ni? macam tinggi je jawatan ni. Ahhh! pedulikan semua tu! duit wa da habis kot!! klik!klik!klik!apply!apply!apply!hambekk ko semua aku apply!puas hati aku!muahahah!!!

Selang beberapa minggu aku duk buat bende yang sama. Semua aku apply tapi macam takde respon je. Last-last sorang membe aku ni cakap. " ko tak yah caya sangat ngan jobstreet tu, tipu je". hurmm..aku pon ikut lah nasihat membe aku tu. Dia suruh amek email pastu apply guna email. Apply la kat sume company yang jupe. Oil and gas pon wa apply.haha.tak nak kalah!tak sedau diri betul!

Pastu aku dapat feed back balik dari 1 company ni. Dia tanya " are u willing to be based at Labuan?" Ok! lepas baca ayat tu aku tegamam jap. Apesal la aku pegi apply ni. Main gile kau, mau tutt tutt tejojol kat dahi nanti!mane nak sorok? Duk pikir-pikir. Post kat facebook, akak aku comment suruh pegi. Aku pon reply la "Yes, I am willing to be based at Labuan". DIa pon reply, pastu aku reply balik, dia reply, aku reply balik. Ehh! da macam masej ngan awek plak. Dah la aku tak reti nak reply ikut format email ni. Last-last company tu pon reply la balik suruh datang interview.

Ok, 1st inteview. 1st time in my life. Cuak gile beb. Dia suruh datang kat main office dekat ampang pukul 2.30 hari jumaat lepas. Dengan tak pergi sembahyang jumaat nye aku pon siap-siap laa. Pakai kemeja dengan tie, kasut kulit bagai. Dengan menundukkan kepala aku pon jalan bertentangan dengan orang yang nak pergi sembahyang jumat kat masjid. Agak malu jugak la disitu. Sampai-sampai hati dah bedebar dah, lek dulu bakar rokok dulu. puff pufff rokok dah habis, tapi hati bedebar lagi. Naik tingkat 5 jupe brader ni kerja kat situ., dia suruh masuk and duduk dulu sebab orang yang interview tak sampai lagi. Lepas 5 minit ade orang bunyikan loceng. dalam hati aku " ni mesti yang nak interview aku nanti" lalu aku pon memberikan senyuman menggoda aku. haaa! kasi dia cair sikit laa. Baru tak garang time interview nanti. awww~ .Ok aku lupa cakap yang aku sampai dalam keadaan bepeluh-peluh.

habis semart dah hari tu :)

Then, aku dipanggil masuk. Ada dua orang dalam bilik tu. Tarik nafas panjang. Rilek-rilek aku masuk bagi salam. Dia suruh duduk aku duduk. Lalu sesi interview pon bermula. Nasib la tukang inteview tu ok. Aku rasa dia dah tergoda ngan senyuman aku tadi tu. ahaks! Duk borak-borak sempoi dalam bahasa melayu. Hilang terus cuak aku. Borak punya borak lalu dia tanya "bila nak start keje?" aku pon dengan selamber jawab "Lepas raya encik" then dorang gelak. sebab sebelum tu dorang dah psycho aku cakap takde cuti raya and puasa. Gile ape. aku tak pernah tak raya kot. Mau aku duk tepi laut tu nanges-nanges nyanyi lagu sudirman plak nanti.

Pasal kerja tu tak tau lah dapat ke tak kerja tu. Harap-harap dapatlah..doa-doakan lah aku dapat ye... :)

aktiviti masa lapang

Tuesday, July 5, 2011 at 8:07 PM
disebabkan terlampau bosan pas abes belaja ni and masih menganggur lagi, aku tak tau nak buat apa. mengadap lappy ni seharian je. so aku try la search macam - macam. pastu datang lak idea nak edit-edit gambar ni. edit guna adobe Photoshop cs5. edit simple-simple je. xde la edit xtream sangat. newbie je pon. so nak share beberapa picture yang aku dah edit hasil dari DSLR izuan idris....



purple sunrise


fish eye


sunrise + lens flare



semua gambar ni di tangkap dekat broga hill sabtu lepas. hasil dari edit ni memang puas ati coz rasa macam smart plak...haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...