BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kenangan

Thursday, March 22, 2012 at 10:30 PM


So tadi time duk kalut kalut buat kerja kat office tiba-tiba winamp main lagu ni. Tak semena-mena fikiran aku terus melayang dengar lagu ni. First thing aku akan ingat zaman-zaman habis sekolah dengan handphone sabun. Sebab lagu ni famous time aku habis sekolah dulu time tu jugak handphone sabun tengah top. semua duk buat ringtone lagu ni.

dalam duk khayal-khayal terus teringat kenangan-kenangan dulu. Kenangan manis zaman sekolah, pergi camping pengakap dengan kawan-kawan sekolah rendah. semua memang rapat time tu.

so aku teringat masa gi camping time malam kebudayaan and last-last day nak balik. kalau malam kebudayaan tu aku ingat lagi apa yang penah aku belakon sampai sekarang. haha . ada satu lagi dikir barat ni aku ingat lagi sampai sekarang. kitorang perform time malam kebudayaan time kemboree. thema malam tu pasal anti dadah. kami dapat persembahan terbaik. time kanak-kanak ni mana nak tau segan ke apa.yang tau nak seronok je. sebab bagi aku time tu lah tengok muka sorang-sorang happy enjoy time camping. balik naik bus sekolah nyanyi-nyanyi. bila lagi nak dapat pengalaman macam tu sekarang ni. memang dah tak dapat dah. time tu memang seronok gila. dari start perjalanan balik sampai ke sekolah tak berhenti menyanyi lagu. tak ingat dah sekarang lagu tu. time tu Cikgu Radean yang banyak ajar lagu pelik-pelik ni. tapi setiap kali nak balik camping, bila semua orang dah kemas-kemas, aku akan lihat sekeliling tempat tu, teringat apa yang terjadi and berlalu sambil tersenyum. bagi aku semua tu adalah memori, tak tau lagi bape tahun lagi aku akan datang situ balik. kalau datang balik pon mungkin dah tak sama dengan masa aku datang awal-awal. aku akan buat macam tu kat semua tempat.

so, korang pon kalau dengar sesetengah lagu pon korang akan mula mengelamun. setiap lagu tu akan bawa ke setiap memori. aku pon tak tau kenapa. tapi memang macam tu lah aku rasa,

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose. ~From the television show The Wonder Years

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...