Seperti yang semua tahu, masuknya Maghrib tadi maka bermula lah tahun baru 1434 H dan berlalu lah tahun1433H dengan sia-sia nya tanpa amalan yang aku lakukan sepanjang tahun tu. Umumnya semua akan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun seperti yang biasa kita lakukan sejak dari kecik. Sama ada ia Sunnah atau adat tidak lah aku ketahui kerana terbaca Tweet seorang Ustaz di Twitter petang tadi menyatakan bahawa yang membaca doa akhir tahun dan awal tahun merupakan adat. Tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan disini. Siapalah aku yang tak sekolah agama, tak berpengajian tinggi dalam ilmu agama ni nak berdebat tentang pendapat Ustaz. Jadi aku yang kerdil ni tidak layak sama sekali nak mengatakan apa-apa.
Apa yang aku nak sampaikan disini adalah aku nak menjadi orang yang lebih baik daripada aku yang sebelum ni. Kalau nak fikir-fikirkan diri aku yang sebelum-sebelum ni adalah sangat baik dan sangat teruk. Bermula dengan seorang yang biasa menjadi salah seorang yang berjaya di sekolah, kemudian berubah menjadi seorang yang bermasalah dan akhirnya berubah menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Bukan lah aku nak cakap diri aku sekarang ni seorang yang bagus. Cuma lebih baik dari sebelum-sebelum ni kalau nk dipikirkan.
Biasalah hidup ni ada naik turun, kadang-kadang kita di atas, ada masa kita jatuh. Kita tak boleh kawal semua tu. Semua tu ketentuhan Tuhan yang Maha Esa. Tak perlulah aku nak cerita semua kisah-kisah lampau aku di blog ni. Sejak dah setahun kerja ni aku dah jadi seorang yang pemalas! teramat malas! Mungkin sebab aku buat kerja yang sama setiap hari! Aku perlukan kerja yang lain dari biasa. Kerja yang mencabar! Kerja yang boleh buat aku berfikir seluas-luasnya!!!
Macam takde motif je aku tulis semua ni! hahaha
Jadi dengan ini aku berazam untuk menjadi seorang yang lebih baik, lebih mendekatkan diri dengan Allah. mendapat kerja yang bagus, dan pendapatan yang berpatutan. Insyallah Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments