BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kena carik satu!!!

Monday, August 20, 2012 at 3:56 AM
Lame gak aku tak mengarut kat sini. Tiba-tiba hari ni datang rajin pulak nak tulis. Sebenarnya aku nak share satu benda kat kawan-kawan Foraver Alone mcm aku ni haa. Benda ni pasal having a girlfriend, aicehhh! bukan girlfriend kawan perempuan tapi special girlfriend or awek.


Sedih takde awek nak ngorat aku.


Sebenarnya sebelum-sebelum ni memang aku tak de pikir sangat nak ada awek. Ada memang ada tapi tak la macam desperate sangat nak ada awek. Sebab life aku dikelilingi kawan. Kawan yang duk bergadoh ngan awek dorang. Pum pang pum pang maki hamun kalau bergadoh. So bila dah keliling kawan kau macam tu, ko nak ke berawek? maybe orang akan cakap fikiran aku kolot sebab pikir macam tu. Sebab aku ni bukan jenis yang suka nak memaki hamun ni. So, tak yah la ada awek. Eh point ni macam tak kena plak...lantaklah.

Perasaan nak berawek ni datang 2 hari sebelum Raya bersamaan 17th August 2012. Mulanye macam ni. Pagi tu aku dah serabut nak carik baju raya. Takde teman nak beli baju raya. Since membe sorang ni busy manjang. Janji nak pergi shopping baju raya ngn aku pon dia boleh lupa. So aku tweet la " Bosan lah raya tahun ni takde baju raya". Tiba-tiba Syikin kawan sekolah aku kat teknik ni reply tweet aku tadi. Dia ajak join dia shopping Farhana kat OU. Aku pon "ohhh! demm!" dia ajak join sekali pulak. Bukan la bermaksud aku taknak pergi. Aku nak pergi tapi aku segan!!!haha. Pikir punya pikir, why not? pergi je lah. Time ni lah aku nak kena buang benda pemalu aku ni. So, aku pergi shopping sekali ngan diorang.

Sampai je OU, diorang suruh carik baju aku dulu. Sampai kat butik Quicksilver, aku blur tengok t-shirt kat situ. Smart tapi aku tak tau nak pilih yang mana. Aku ni jenis cerewet la bab-bab nak beli baju ke seluar ni. Aku nak kena orang tolong. So, maybe Syikin nampak aku macam tak tau nak pilih yang mana. Dia pun terus meng-offer-kan diri nak pilih. Sekejap je dia pilih dia bagi aku. Wainahh! she's got a good taste! Aku terus try, smart t-shirt tu. Thanks Ekin! Ok terus bayar! 

Tiba benda ni bermain kat fikiran aku "hurmm...bagus gak ada perempuan tolong pilih, kena ada awek lah macam ni!". So, sekarang aku dah dapat lagi satu sebab kena ada awek. I need to find one lah. Umur pon dah 25 tahun. Tak kan nak keluar ngan membe je manjang. Membe pon busy ngan membe diorang yang lain. Asek kena cop gay je. Bosan gak aku nak dengar ayat tu.

Kalau keluar ngn membe lelaki, diorang ni jenis malas nak layan. Duduk tepi pastu bila aku tanya "OK tak baju ni?". Diorang cakap "OK". Sampai semua T-shirt aku tanya diorang cakap ok. Haih!

Lagi-lagi tadi ada cerita sempena Aidilfitri "Vanilla Cokelat Raya". Hah! Kemain romantik lagi tengok diorang ni belakon. Tesengih-sengih aku tengok cerita tu. So kena lah memberanikan diri nak carik awek ni. Tapi macam kelakar la pulak aku ada awek. Kahkahkah!

Btw, keluar ngn Ekin, Fana ngn Dik Yen memang seronok. Sebab, kat sekolah dulu borak dengan dorang ni memang jarang ah. Aku kan pemalu. kahkahkah

Pum pang pum pang - Konon macam bunyi bising la.
Wainah! - ayat orang sabah, aku dengar membe office aku cakap, maybe macam "alamak!" kot.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...