BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Lain tempat lain cara

Thursday, November 15, 2012 at 10:22 PM
Entry kali ni aku nak cerita tentang kelainan hidup di Labuan ni. Bukan cara hidup yang lain tapi cara penyampaian sesuatu benda tu lain. Bahasa orang Labuan ni dah sememang nye lain kalau nak di bandingkan dengan bahasa Melayu Bugis orang semenanjung. Bukan niat aku nak provoke mana-mana pihak kat entry ni. Cuma kelainan ni bagi aku adalah unik nak dibandingkan dengan tempat lain.

1. Nasi Goreng Ayam
Kebiasaannya bila kita mengidam nak makan nasi gorena ayam kan mesti kita terbayang nasi goreng dengan ayam goreng yang digoreng rangup dan enak bukan? Tapi masa aku baru-baru datang Labuan ni aku dah lapar tahap dah so terbayang lah menu tu. Tapi di sesetengah kedai kat Labuan ni nasi goreng ayam dia lain. Ayam dia bukan lah ayam goreng yang seperti kita bayangkan. Ayam dia rupanya ayam yang di cincang dan digoreng sekali dengan nasi goreng tu. Agak kecewa dan rasa bebazir jugak lah bila makanan tu sampai ke meja. Sebab kalau di semenanjung kebiasaan nya makanan tu dipanggil nasi goreng biasa. Dimana nasi goreng biasa mesti ada daging yang dicincang kecik-kecik tu.

2. Teh Tarik
Biasa kalau kita lepak mapley malam-malam mesti nak pekena teh tarik kan. Sedap nya bila menghirup teh tarik sambil hisap rokok. perghhh! duniaaa!!! Jadi kat sini teh tarik dia ada banyak pilihan. Ada teh tarik suam, teh tarik panas dannnnnn teh tarik ais!!! haaa teh tarik ais bro! jangan tak percaya. Kalau kebiasaan kita order teh tarik je mesti dorang tak tanya pilihan-pilihan tadi kan? bila dorang tanya aku aku dah blur, maka muka poker face pon keluar. Sebabnye teh asalnya memang dibuat dengan air panas. Tapi bila dah ditarik-tarik jadi lah dia suam. Sebabnye kenapa jangan tanya lah.  Kat situ ada unsur-unsur Thermodynamics. Thermo aku pon bukan lah cemerlang sangat LOL! Teringat plak kat madam Syahnawal tu nanti. Tapi yang teh tarik ais tu aku tak pernah nak try lagi.

3. Dunhill Merah
Ni lagi 1 yang buat aku blur time awal-awal beli rokok kat sini. Macam aku ni baru-baru je nak hisap rokok haha. Aku pergi satu kedai ni aku mintak lah Dunhill 1. Biasa kalau aku mintak dorang terus bagi Dunhill merah tu tanpa tanya. Tapi kat sini dorang akan tanya Dunhill apa. Merah? Biru? atau Hijau? haaa. Bagi aku tak ramai yang hisap rokok selain dunhill merah tu. Dunhill merah tu je yang ramai orang hisap. Tapi okey la at least dorang guna kan variety kat situ.

4. Murtabak Sayur
Okey, benda ni aku rasa macam malas nak cerita sebab kecewa masa bulan puasa hari tu! kecewa teramat sangat! Murtabak ni akan menjadi makanan favourite aku time bukak puasa. Jadi bila aku jalan-jalan kat bazaar Labuan haritu, nak puaskan nafsu nampak lah kedai murtabak ni. Usha punya usaha nahhhhh! sebeban sayur dalam murtabak tu. Cakap murtabak daging la ayam la tapi murtabak sayur!! Gemok memang gemok murtabak tu. Tapi penuh sayur kobis bagai kau mampu nak makan? haishhh tarus tak jadi nak beli.

Setakat ni tu jelah kelainan yang aku rasa kat sini. Maybe ada sesetengah rasa benda-benda yang aku tulis tu takde kelainan dan sama je kat mana-mana. Tapi bagi aku sebab aku tak pernah jumpa kat tempat lain so agak lain lah haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...